Masa di Kota Kinabalu tu, sempatlah singgah kejap di kaki gunung Kinabalu... Memanjatnye takde masa, so rounder2 sekitar kaki gunung tu jerlah yang sempat... Kat situ banyak juga tumbuhan2 dan bunga2 liar yang tumbuh... Pagi tu ternampaklah satu bunga ni, cantik pulak di dalam pandangan mata aku...
Apa lagi ambil kamera, aku attach dengan close-up filter (Hoya Close-Up x4 Filter) snap beberapa keping gambar pagi tu....Banyak lagi gambar2 bunga yang aku ambil ketika itu... Tapi untuk bunga ni aku snap 3 keping jer... Yang lain tu melambak2....
Balik semula ke Kuala Lumpur, download gambar kat pc, tengok satu persatu... Sangat tertarik pulak pada gambar yang ini... Terus terlintas untuk hantar di ruangan Hot Shot majalah Camera yang setiap bulan aku langgan... Aku hantar dua kali gambar yang sama sebab aku lupa nak attach gambar pengirim, gambar aku lah....
2 bulan lepas tu masa aku tengah belek majalah tu kat kedai, tetiba terpandanglah pulak bunga biru tu... Mula2 tu tak perasan pulak namanye sebab takde gambar... Macam aku kenal jer gambar ni, kemudian baru aku perhatikan nama pengirim, alamak nama akulah.... MUZAFAR SHAH HAJI ZAINAL dari Petaling Jaya, Selangor...
Terus beli 2 naskah... Sampai rumah terus call wife aku, kebetulan wife aku balik kampung di Ipoh... Amboi seronok sangat dapat masuk majalah walaupun gambar aku takde... Mereka dari pihak majalah cuma akan ambil email yang pertama sahaja... Untuk email yang kedua tu aku ada attachkan gambar aku... Tapi mereka pilih terus yang pertama, nak buat macamana dah terlambat... Sejak hari tu yang buatkan aku bersemangat nak mengambil gambar lagi sebenarnye...